Tuesday, June 7, 2022

SAMBUTAN AIDILFITRI 2022

 

31 Mei 2022 - Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Politeknik Muadzam Shah 2022 berlangsung dengan penuh warna warni di Dewan Besar pada hari ini. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Ir. Razali Kassim, Adun Muadzam Shah yang sudi hadir ke majlis anjuran PMS ini.



Thursday, February 10, 2022

JAMUAN AIDILFITRI PMS 2019

 

Politeknik Muadzam Shah (PMS) mengeratkan tali siraturrahim sesama warga dan jabatan serta agensi kerajaan yang berdekatan dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PMS baru-baru ini. Sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran 300 orang tetamu yang berlangsung di Dewan Seri Gading PMS.

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan ini merupakan majlis yang dianjurkan oleh Kelab Kakitangan PMS. Sebanyak 7 gerai dengan pelbagai juadah bertemakan makanan tradisi Hari Raya serta kuih muih dihidangkan buat para tetamu yang hadir.

Menurut pengerusi kelab, Wan Muhammad Fadil, gerai-gerai yang disediakan menyajikan menu yang berbeza dan diterajui oleh pelbagai jabatan-jabatan yang ada di PMS. Setiap tahun sememangnya bagi setiap jabatan, akan pasti berpeluang menyajikan menu yang berbeza dari tahun sebelumnya kerana di situ nanti kita akan dapat merasai keunikan rasa dan persembahan hiasan gerai yang mereka tonjolkan.

Saya melahirkan rasa bangga dengan inisiatif kakitangan setiap jabatan dan unit ini bertungkus lumus menyediakan juadah, tapi turut mempersiapkan gerai mereka dengan hiasan yang menarik kerana kita turut mengadakan pertandingan gerai tercantik untuk gerai-gerai ini," katanya.

Antara juadah tradisi yang disediakan adalah lemang, ketupat, rendang, nasi dagang, roti jala, laksa dan mee kari. Menu istimewa yang mendapat sambutan ialah Nasi Minyak dan Sate. Sementara itu, Pengarah PMS, Haji Hassan berkata, kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan dan warga PMS dalam sambutan hari ini amat membanggakan. "Saya berpeluang untuk melawat setiap gerai yang terdapat disini dan amat memuji kesungguhan para kakitangan menjadikan majlis hari ini lebih bermakna."







SAMBUTAN AIDILFITRI 2022

  31 Mei 2022 - Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Politeknik Muadzam Shah 2022 berlangsung dengan penuh...